
Kecil-kecil cili padi, Qabil Irfan Azlan, 13 yang diberi jolokan “Budak Nombor 4” membakar Litar Jerez, untuk mengungguli Perlumbaan 2 Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Talent 2025 baru-baru ini.
Ia adalah kejuaraan berganda buat pelumba itu selepas menjuarai perlumbaan 1 terdahulu.
Sebelum menamatkan perlumbaan, Qabil disaingi sengit oleh pelumba Sepanyol, Izan Rodriguez yan hanya
menduduki tempat kedua. Seorang lagi pelumba Sepanyol, Andres Garcia pula di tempat ketiga.
Bermula di petak pertama, Qabil tidak diberi laluan mudah oleh Rodriguez dan saling bertukar posisi pendahulu sepanjang perlumbaan.
Namun, Qabil menggunakan strategi yang betul apabila memotong Rodriguez di pusingan akhir untuk mencatat kepantasan 28 minit 08.299 saat dalam perlumbaan 14 pusingan itu.
.
“Alhamdulillah saya amat gembira kerana dua kali berjaya memenang perlumbaan di sini,” kata anak kelahiran Terengganu itu.