Putin pelawa Agong lawat Russia

Foto JPM

Presiden Russia, Vladimir Putin meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan jemputan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk melawat Russia.

“Saya ada satu permintaan besar. Sampaikan salam hormat saya kepada Sultan Ibrahim,” kata Putin kepada Anwar seperti yang dilaporkan oleh Agensi Berita Russia (TASS).

Kami menantikan keberangkatan baginda ke Russia, katanya.

Dalam pada itu, Putin berkata Russia menjangkakan hubungan dengan Malaysia dan negara-negara anggota Asean akan terus berkembang.

“Malaysia adalah rakan kongsi lama dan penting, baik secara keseluruhan mahupun di Asia Tenggara. Saya tahu anda mempengerusikan Asean sejak 1 Januari. Kami menjangkakan hubungan dengan blok integrasi yang dihormati dan kukuh ini akan berkembang dengan bantuan anda,” katanya dalam pertemuan dengan Anwar.