Pustaka Digital Asean Jadi Jambatan Budaya

Foto Bernama

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Aga Dagangmengajak negara anggota Asean memperhebat penyertaan dalam Perpustakaan Digital Asean sebagai langkah penting dalam memastikan akses ilmu yang adil dan menyeluruh di rantau ini.

Menurutnya Perpustakaan Digital Asean adalah antara usaha serantau paling berpotensi dan berwawasan bagi mencapai hasil positif apabila Asean berganding bahu.

“Perpustakaan Digital Asean adalah platform kerjasama yang menghimpunkan metadata daripada perpustakaan negara anggota Asean.

“Walaupun masih di peringkat awal, sistem ini membolehkan akses rentas sempadan yang lancar kepada puluhan ribu bahan digital seperti manuskrip, buku, khazanah budaya, akhbar dan sebagainya,” katanya.