PU Rahmat dibogelkan tiga kali

Foto FB PU Rahmat

KUALA LUMPUR: Pendakwah Rahmat Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat, mendakwa dirinya dibogelkan sebanyak tiga kali sepanjang tempoh penahanan oleh Israel.

Ramat adalah antara lima sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang mendedahkan detik hitam ketika berada dalam tahanan Israel.

Mereka mendakwa diperlakukan secara tidak berperikemanusiaan, dihina dan dinafikan hak asasi.

Pendedahan itu dibuat menerusi video yang dikongsikan peguam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Ahmad Nazrin Abu Bakar, dalam Facebook beliau.

Menurut Rahmat, kejadian itu berlaku ketika di atas kapal, pusat imigresen serta penjara, semata-mata kerana pihak berkuasa Israel mendakwa mahu memastikan tiada senjata disembunyikan.

“Tindakan itu jelas menunjukkan ketakutan melampau mereka terhadap peserta GSF,” katanya yang turut mendedahkan beliau disoal siasat dengan nada provokatif berkaitan Hamas dan Ikhwanul Muslimin.

Aktivis, Iylia Balqis Suhaimi menceritakan bagaimana dia beliau dan beberapa aktivis lain disumbat ke dalam sel sangat kecil bersama 15 orang dari pelbagai negara.

Selain itu, katanya, sukarelawan GSF juga berulang kali diganggu oleh tentera Israel yang memanggil nama mereka tanpa sebab.

“Kami tidak diberikan air bersih dan terpaksa minum air daripada tandas,” katanya.