PTU pamer terbang Toruk Makto di Lima 25

Panglima Tentera Udara (PTU) Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan menjadi PTU pertama menerbangkan pesawat dalam pertunjukan Udara Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi sejak dianjurkan 1991.

Dalam sesi itu, beliau membuka tirai dengan menerbangkan pesawat pejuang Su-30MKM yang turut dikenali sebagai Toruk Makto.

Kecekapan beliau mengendalikan pesawat yang dihiasi Jalur Gemilang itu mencuri perhatian ribuan pengunjung.

Mohd Asghar Khan beraksi di udara bersama Komandan Pangkalan Udara Gong Kedak, Kol Mohd Norazan Othman.