Prosiding tuntutan Sulu di Paris 7 Julai

foto utusansarawak

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata prosiding lanjutan berhubung kes tuntutan Kumpulan Sulu bakal berlangsung di Mahkamah Rayuan Paris pada 7 Julai ini.

Perbicaraan itu akan membabitkan badan kehakiman Perancis bagi meneliti kesahihan anugerah timbang tara yang dikenakan terhadap Malaysia serta pelbagai aspek perundangan berkaitan.

“Semua usaha, hak dan sumber yang ada akan terus dilaksanakan bagi melindungi kedaulatan, kekebalan dan kepentingan Malaysia sambil memuktamadkan kes penipuan Kumpulan Sulu,” katanya.

Katanya, beberapa keputusan yang memihak kepada Malaysia mutakhir ini mengukuhkan kedudukan dan kedaulatan undang-undang Malaysia sebagai negara berdaulat.