Projek Mega MRT3 dalam Belanjawan 2026

Foto Hiasan

Projek mega Transit Aliran Massa 3 (MRT3) dijangka dimasukkan dalam Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Oktober ini, demikian menurut CGS International.

Penganalisis CGS International, Chong Tjen-San, berkata anggaran kos projek MRT3 oleh kerajaan kini adalah sebanyak RM45 bilion, dikurangkan daripada RM68 bilion pada 2018.

“Kami juga tidak menolak kemungkinan penyertaan sektor swasta dalam pembiayaan, selaras dengan kenyataan di laman web Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) bahawa projek ini sepatutnya melibatkan pembiayaan sektor swasta dan sumber pembayaran bukan daripada kerajaan.

“Namun begitu, berdasarkan semakan saluran maklumat, kami merasakan bahawa sasaran optimistik bagi pembukaan tender adalah pada separuh pertama 2026, manakala dalam senario lebih pesimis, ia hanya akan berlaku pada 2027,” katanya.