
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sudah mencapai kemajuan 85 peratus dan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL)disaran memantau dengan rapi pelaksanaannya.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azi Abu Bakar dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah berkata MRL turut diminta memastikan projek itu tidak menghadapi sebarang gangguan, termasuk pencerobohan yang boleh menjejaskan perancangan dan kelewatan operasi.
Operasi ECRL dijangka bermula awal 2027.
“Saya yakin projek ECRL akan menjadi mercu kebanggaan negara serta jadi pemangkin pembangunan ekonomidi sepanjang jajaran dan kawasan sekitarnya,” katanya.