
Polis akan memanggil 50 individu termasuk penganjur program motivasi rumah tangga E-Hati untuk dirakam keterangan berhubung dakwaan kandungan program itu songsang dan terpesong.
Kandungan minuman dikenali sebagai ‘Air Piya’ yang didakwa mengkhayalkan masih dalam siasatan dan belum dihantar ke makmal forensik untuk pengesahan.
Program itu, yang didakwa membabitkan perlakuan tidak bermoral seperti tarian bogel dan ritual menyerupai keagamaan lain, mencetuskan siasatan oleh pihak berkuasa termasuk Jakim dan JAIS.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, keterangan mereka ini akan diambil dalam masa terdekat.