
Kerajaan salur peruntukan RM100,000 kepada peserta Program RXZ Members 7.0. Kerajaan menyalurkan peruntukan awal RM100,000 kepada peserta Program RXZ Members 7.0 2025 sebagai bukti komitmen dan sokongan penuh terhadap program itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan mengiktiraf peranan serta sumbangan komuniti permotoran sebagai pemangkin semangat kebersamaan, pengukuh silatulrahim dan penyumbang penting kepada pembangunan ekonomi setempat melalui pelbagai aktiviti berimpak tinggi.
Beliau yang menyokong penuh terhadap penganjuran program itu berkata, ia (program) akan menjadi platform utama yang menghimpunkan peminat dan penggiat permotoran dari seluruh negara, sekali gus mengangkat potensi industri permotoran ke tahap lebih tinggi.
“Selaras dengan tekad kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat, aspek keselamatan akan sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.