Program nuklear: Pandangan rakyat diutamakan

Foto Hiasan

Malaysia tidak memerlukan persetujuan negara serantau untuk memulakan program tenaga nuklear sebagai sumber tenaga baru, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurutnya, ini kerana beberapa negara jiran juga sedang mempertimbang ke arah sumber tenaga itu.

Bagaimanapun, katanya kerajaan memerlukan pandangan masyarakat umum negara ini dalam penilaian penggunaan tenaga berkenaan.

“Kita akan memulakan program nuklear apabila semua perkara yang perlu dipenuhi, termasuk persetujuan masyarakat awam… apabila kajian pendapat menerima maklum balas positif, maka program itu diteruskan.

“Kita tidak memerlukan persetujuan negara serantau, kerana negara seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina dan Vietnam juga sedang meneliti untuk menggunakan nuklear sebagai sebahagian daripada pelan tenaga masa depan mereka,” katanya.