
KUALA LUMPUR: Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Profesor Diraja yang juga tokoh pemikir peradaban Islam kontemporari, meninggal dunia di sini, petang semalam.
Pendakwah bebas, Syed Abdul Kadir Aljoofre yang berkongsi perkembangan itu berkata, jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid al-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
“Semoga Allah S.W.T mengampuni segala dosanya, menerima segala amalan dan jasa baktinya buat ummah dan menempatkannya di Syurga Firdaus bersama para Nabi dan Salihin,” katanya menerusi hantaran Facebook miliknya.
Turut berkongsi berita pemergian Allahyarham adalah Pengerusi Daie Madani, Amir Zuhair Abdull Khalid, yang menyifatkan tokoh berusia 94 tahun itu banyak berjasa kepada bangsanya.