PRN Sabah: PM Yakin Menang, Mahu Rakyat Tolak Politik Perbalahan Kaum

Foto NSTP

TAWAU: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin mampu meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, Sabtu ini.

Perdana Menteri berkata, keyakinan itu bersandarkan sambutan rakyat sepanjang siri jelajah dan program yang dihadirinya di negeri itu.

Menurutnya, dengan izin Allah sambutan Nampak baik dan kemenangan diharapkan.

Ketika berucap di hadapan ribuan yang hadir, Anwar menegaskan politik berasaskan perbalahan kaum dan etnik tidak pernah memberi manfaat kepada rakyat, sebaliknya hanya mengundang perpecahan serta mengekang kemajuan negara.

Kempen yang meniup sentimen kebencian antara kaum, tegasnya hanya mengalihkan perhatian daripada isu sebenar rakyat, selain mengganggu keharmonian rakyat berbilang bangsa.