
KOTA KINABALU: Kumpulan pengundi atas pagar bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, adalah sekitar 27 peratus, kata Pengerusi Eksekutif Institut Pembangunan dan Penyelidikan Ekonomi (IDERC), Profesor Emeritus Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.
Menurutnya, kumpulan pengundi atas pagar ini cukup besar dan berpotensi menentukan keputusan akhir pilihan raya Sabah hujung bulan ini.
Kajian mendapati 52.8 peratus daripada pengundi atas pagar adalah wanita, manakala 47.2 peratus lelaki, dengan 55.1 peratus tinggal di pantai barat Sabah.
“Berdasarkan kumpulan umur, golongan pertengahan usia (31–50 tahun) mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 40.1 peratus, diikuti golongan muda (18–39 tahun) sebanyak 35.2 peratus.
“Kebanyakan mereka bekerja sendiri atau berniaga (39 peratus), diikuti pekerja sektor swasta (15.3 peratus),” katanya.
Menurutnya, 71.2 peratus pengundi atas pagar lebih cenderung menilai sumbangan calon kepada komuniti setempat berbanding parti politik yang diwakili.