PRN N9: 4 LAPORAN SOGOKAN WANG TUNAI DISIASAT

Sumber Gambar : Kosmo Digital

PUTRAJAYA: Empat laporan sogokan wang tunai diterima oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
pada kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Negeri Sembilan semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, berkata daripada jumlah itu, dua laporan membabitkan calon, manakala dua lagi membabitkan pengundi.

Katanya, semua laporan yang diterima adalah berhubung dakwaan pemberian wang tunai dan sedang diteliti oleh SPRM.

“Kita membuka bilik gerakan sempena PRN Negeri Sembilan dan setakat semalam, SPRM menerima empat laporan.

“Daripada jumlah itu, dua membabitkan calon dan dua lagi membabitkan pengundi, dengan kesemuanya adalah aduan berkaitan pemberian wang tunai,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.