Presiden Amerika dijadual tiba Ahad

Foto FB Kementerian Komunikasi

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengesahkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijadual tiba di Malaysia Ahad ini, bagi menghadiri Sidang Kemucak ASEAN ke-47 yang diadakan di ibu negara.

Pengesahan itu dimaklumkan sewaktu Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lalu.

“Sah Donald Trump akan tiba di Malaysia pada Ahad (26 Oktober) dan sekiranya ada sebarang perubahan akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Luar,” katanya

Fahmi bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai perincian lawatan sulung Presiden Amerika Syarikat itu ke Kuala Lumpur sejak kembali menduduki Rumah Putih buat kali kedua pada November lalu.

Isnin lalu, Trump dilaporkan mengisytiharkan secara terbuka mengenai rancangan lawatan beliau ke Malaysia dalam masa terdekat, namun tidak menghuraikan lebih lanjut mengenainya.