
Pelaburan bernilai RM8.13 bilion bakal diraih Malaysia menerusi lawatan kerja tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Itali.
Pelaburan itu membabitkan sektor petrokimia, jentera dan peralatan elektrik serta perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas. Anwar yang juga Menteri Kewangan telah mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya, Giorgia Meloni dan Timbalan Perdana Menteri, Antonio Tajani.
“Satu perkembangan yang menarik ialah hasrat Itali untuk meningkatkan hubungan dua hala, termasuk Kesatuan Eropah dan Asean. Itali melihat potensi Asean sebagai penggerak utama dalam kegiatan rantau dan ekonomi,” katanya.