
KUALA LUMPUR: Hubungan perdagangan dengan Timor-Leste terserlah apabila berjaya memperoleh potensi jualan eksport bernilai RM78.48 juta melalui Misi Pemecutan Eksport (EAM).
Keserasian yang semakin kukuh di antara pengeksport Malaysia dan pasaran Timor-Leste yang sedang pesat membangun diterjemah dalam kejayaan komersil, kata Pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Katanya, misi yang dianjurkan oleh Matrade dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Dili itu menyaksikan sebanyak 100 sesi pertemuan perniagaan diadakan antara 19 syarikat Malaysia dan 61 firma Timor-Leste.
“Lebih 100 pertanyaan perniagaan diterima, mencerminkan minat kukuh kedua-dua pihak untuk memperdalam kerjasama perdagangan,” kata kenataan itu.