Populariti Anwar Naik 55 Peratus

Gambar Fail/Bernama

Majoriti pengundi Malaysia memberikan penarafan positif sebanyak 55 peratus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei tahun ini berbanding 43 peratus pada Jun 2024.

Tinjauan Merdeka Centre mendapati penigkatan gaji minimum, bantuan tunai, inflasi rendah dan pertumbuhan ekonomi menyumbang kepada persepsi positif rakyat.

Organisasi itu juga memaklumkan tinjauan ke atas 1,208 pengundi berdaftar mendapati rakyat mula merasakan bahawa negara semakin stabil dan gangguan politik kian mereda dan Anwar memimpin kerajaan dengan majoriti dua pertiga.

“Reformasi institusi seperti Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dihidupkan semula juga memberi isyarat kembalinya tadbir urus berprinsip,” menurut kenyataan Merdeka Centre.