Polis Tahan Pengasas E-hati, Suami

Foto Hiasan

Pengasas e-Hati International Sdn Bhd dan suaminya, ditahan polis semalam, kata Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.

Jumaat lalu, media melaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menjalankan siasatan secara terperinci bagi memastikan kesahihan maklumat berhubung program motivasi rumah tangga terbabit.

Ia susulan pendedahan seorang pengguna media sosial mengenai program yang didakwa terpesong itu, yang diusahakan oleh pasangan terbabit.

Dalam hantaran yang tular di laman Facebook berkenaan, turut didakwa bahawa ada wanita melakukan tarian bogel dalam program sebuah pusat konvensyen di Shah Alam, Selangor.

Peserta program itu juga didakwa diberi sejenis air yang tidak diketahui kandungannya, menyebabkan perubahan emosi dalam tempoh yang singkat. Peserta turut disuruh melakukan upacara mandi suci dan kelahiran semula yang menyerupai ritual keagamaan lain.
.