Polis siasat kereta guna pelekat Bahasa Hebrew

Foto Tangkap Layar

KUALA LUMPUR: Video berdurasi 14 saat yang memaparkan kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu memasang pelekat bertulisan Bahasa rasmi Israel, iaitu Hebrew menimbulkan pelbagai reaksi.

Pelekat dalam bahasa Hebrew itu membawa maksud “Malaysia di tangan kami”.

Polis menyatakan kenderaan itu didaftarkan atas nama seorang lelaki yang beralamat di Gemencheh, Negeri Sembilan.

Polis menerima laaporan perkara itu daripada seorang lelaki yang merupakan pegawai khas agama kepada Ketua Menteri Melaka.

Apa pendapat anda dengan perbuatan seperti ini? Sila berikan komen.