Polis Sahkan Aktiviti Tarian Bogel

Foto Bernama

Polis mengesahkan aktiviti bogel dilakukan empat individu pada program motivasi rumah tangga (eHATI) di Pusat Konvensyen IDCC, Shah Alam pada 27 hingga 30 September tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata aktiviti itu berlaku di majlis pada waktu malam dikenali sebagai ‘Queens Night’ anjuran syarikat motivasi terbabit.

“Pada malam Queens Night iaitu hari terakhir program eHATI, memang ada kegiatan bogel dilakukan empat individu membabitkan fasilitator dan peserta program berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.

Terdahulu, pasangan suami isteri yang juga pengasas program motivasi eHATI bersama empat individu lain berusia antara 26 hingga 57 tahun direman tiga hari bagi membantu siasatan.