
Lima belas saksi nahas bas di Jalan Raya Timur-Barat yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris sudah dirakam keterangan mereka.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.
Untuk masa ini, katanya, tumpuan pasukan siasatan adalah mengumpulkan segala keterangan dan maklumat saksi kejadian.
“Pemandu bas terbabit masih menjalani rawatan,” katanya.