Polis nafi “kitar semula” dadah rampasan

Foto Media Telus

SHAH ALAM: Tidak ada dadah yang dikitar semula, dijual atau dilepaskan di pasaran, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Shazelii Kahar.

Menyangkal dakwaan yang dianggapnya tidak berasas, beliau berkata tuduhan sedemikian adalah tidak benar dan menjejaskan imej, kepercayaan terhadap pasukan keselamatan yang sentiasa komited memerangi dadah.

“Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontijen Selangor melaksanakan pelupusan barang kes dadah setiap tahun mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan bagi kes-kes yang selesai di mahkamah.

“Semua dadah yang dirampas diuruskan dengan penuh ketelitian, bertanggungjawab dan integriti berlandaskan kepada prosedur siasatan serta peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya