
SHAH ALAM: Pengasas program motivasi rumah tangga eHati dan suaminya yang melarikan diri ke luar negara masih giat dijejaki oleh polis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata ketika ini pencarian dua individu yang dikenakan waran tangkap itu masih diteruskan dengan bantuan negara di mana kedua-dua individu itu dipercayai berada.
Polis juga belum mengeluarkan notis merah kepada pasangan itu berikutan tiada petunjuk jelas mengenai keberadaan mereka.
Kedua-dua individu itu masih lagi belum dijumpai dan usaha pencarian masih diteruskan.