
TANGKAK: Seorang lelaki berusia lingkungan 30an diburu polis susulan kejadian pecah masuk pejabat Majlis Daerah Tangkak (MDT) pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Roslan Mohd Talib, berkata suspek berbadan kurus dengan anggaran ketinggian antara 172 hingga 175 sentimeter dikesan rakaman kamera litar tutup (CCTV) memasuki pejabat kerajaan itu pada jam 5 pagi.
“Siasatan awal polis mendapati dua unit tabung derma telah hilang,” katanya.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai suspek yang digelar toyol kurus tinggi itu boleh menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di talian 06-978 5222.