Polis Buka 2 Kertas Siasatan Kes Cikgu Chandra

Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Dua kertas siasatan dibuka susulan kejadian khianat serta ugutan jenayah di kediaman aktivis masyarakat, Cikgu Chandra di Taman Kinrara, dekat Puchong, semalam dan awal pagi.

Polis menerima dua laporan berasingan berkaitan kejadian itu, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar,

“Bagi insiden pertama, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Bagi insiden kedua pula, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan berkaitan kejadian khianat dengan api yang membabitkan kenderaan di lokasi sama,” katanya.