Polemik Petronas-Petros selesai

Foto PMO

Polemik membabitkan Petronas dan Petros selesai apabila Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak menandatangani deklarasi bersama.

Deklarasi itu mengiktiraf peranan kedua-dua syarikat dalam industri minyak dan gas negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan Petronas akan terus memainkan peranannya manakala Petros diiktiraf berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Sarawak.

Kerjasama itu dijalankan mengikut lunas undang-undang persekutuan dan negeri.

“Petronas tidak tergugat dan Petros diiktiraf mengambil kira perkembangan baru dan kuasa yang diperuntukkan kepada Sarawak. Jadi persefahaman ini memastikan Petronas diteruskan dan peranaan Petros diiktiraf. Kedua-duanya berganding mengangkat martabat negara melalui industri minyak dan gas,” katanya.