
KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), mengumumkan pengagihan pendapatan 5.75 sen seunit untuk dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.
Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu menjelaskan jumlah pembayaran pula adalah RM10.4 billion.
Jumlah itu aalah pengagihan tahunan tertinggi yang dibayar sejak penubuhan ASB, dan akan memberi manfaat kepada 11.4 juta pemegang unit.
Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata ini menjadikan jumlah kumulatif pengagihan pendapatan ASB sebanyak RM206.7 billion.
Menurutnya, ia mencerminkan ketahanan dan kekuatan portfolio pelaburan ASB.