PMX malas membaca? Biar betul!

Foto X

PUTRA HEIGHTS: Menonton dan mendengar podcast Keluar Sekejap baru-baru ini, ada hujah yang mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim malas membaca.

Dakwaan itu amat menghairankan. Malah ia dangkal.

Berikut diperturunkan pandangan beberapa netizen dalam ruangan Facebook.

  1. Suhairi Ismail
    Entah. Tapi aku pernah ada satu pengalaman yang buat aku sendiri senyum sinis bila dengar tuduhan tu. Waktu tu aku tengah bantu buat satu sesi live di rumah beliau.

Dalam rumah beliau ni, ada sebuah library yang… serius, besar gila. Buku bersusun, tagging dengan label lengkap, siap ada orang jaga.

Sebelum live start, beliau minta pegawai cari satu buku. Pegawai tu masuk, cari lama tak jumpa. Keluar tangan kosong.

Last2, beliau sendiri bangun, masuk sendiri. Tak sampai seminit, dia keluar sambil pegang buku tu terus. Dia buka, dia rujuk, dia semak point. Macam dah hafal kedudukan buku dalam hutan rimba library dia tu.

Dan sepanjang aku handle live dengan dia memang itu habit dia.
Ada buku nota.
Ada buku rujukan.
Baca dulu sebelum bercakap.

Jadi bila orang kata PMX malas membaca, aku cuma mampu angkat kening. Sebab apa yang aku nampak depan mata, lain betul dari cerita luar.

  1. Syahrir Azfar Al-Halabi
    Zaman study dulu pernah buka puasa di rumah Segambut. Penuh orang sampai terpaksa solat dalam library DSAI. Fuh! Memang
    Semasa beliau dalam penjara, ada peguam yang akan bawakan buku. Beliau boleh sebut spesifik buku sekian-sekian di rak sekian-sekian.
    Entahla nakkkk. Kalau macam tu pun dikatakan malas membaca yang kita ni nama tajuk dan penulis buku pun susah nak ingat dikira kategori apa. Adeh.
  2. Ahmad Fahm Mohd Samsudin
    Sebenarnya PMX lebih suka guna istilah “Mengunyah” berbanding “Membaca”.
    Kenapa mengunyah? Sebab bila selesai baca, hadam dan sedia berdebat dan berbicara mengenai jalur pemikiran buku dan tokoh berkenaan. Dengar sendiri pidato dan utapan beliau. Kadang-kadang tanpa teks tetapi sesuai dengan konteks. Belum lagi kalau siapa tengok ‘prison notes’ dan khutub khanah PMX.Ini yang disebut juga sebagai ‘Dahaga kepada Ilmu’ atau “Lazzatul Ma’rifah” yang diungkapkan oleh Sayyidina Ali ra.
    alhamdulillah, dah jadi tradisi dan budaya gerakan ABIM hingga hari ini!
  3. Ahmad Ismail
    Tengok PMX bercakap di dalam dan luar pun dah tahu dia kuat membaca biasa la nak downkan imej pmx sb buru rasuah itu aja yg mampu diaorg buat
  4. Hazimy Haji Hassan
    Balu Daim ni yang tak baca terjemahan al-Quran. Tak jumpa ayat ARAHAN TUTUP AURAT. Dahlah dedah aurat, membohong pulok.
  5. Din Harapan
    Adalah mustahil PMX yang tarafnya seorang ilmuan malas membaca. Dialah Perdana Menteri yang selalu keluarkan perkataan baru yang jarang didengar
  6. Hazri Hassim
    In short, Anwar Ibrahim’s (DSAI) educational and career background provides a solid intellectual and moral foundation for his role as a dialogue in politics and society. His expertise in literature, politics, economics and Islamic thought + international academic experience reinforces his credibility as a leader who is not only competent in administration, but also as a mediator of civilization — someone who can combine material progress with human values ​​through dialogue. This becomes a great asset for Malaysia (and the world) in facing the challenges of polarization, religion and civilization.
  7. Ratz Ratz
    Setahu aku lah, jujur – arwah Daim ni tidak pernah punya ilmu cendiakawan spt Anwar Ibrahim. Baik ilmu agama maupun ilmu intellectual. Cuba beri 1 pengiktirafan cendiakawan antarabangsa ke atas DAIM? Spt bumi dan langit ilmu intellectual Anwar dan Daim.
  8. Fauziah Pawan
    Yang buat komen tu yang tak membaca dan tak boleh beza pertuturan orang yg baca, Yang byk baca dan yang baca dgn fahaman sampai mampu selitkan bahan yg di baca tepat pada konteks yg sesuai. Anwar Ibrahim di antara golongan yg terakhir tu dan sesiapa yg tak dpt kesan itu semesti nye org yg tak ada pengalaman membaca utk “practical use” dan juga personal development.
  9. Haji Nazari Ahmad
    KJ buat podcast dengan musuh PMX, mana nak dapat berita yang betul.