PMX Belum Fikir Rombak Kabinet

Foto Oh!Media

Datuk Seri Anwar Ibrahim belum memikirkan soal rombakan Kabinet berikutan peletakan jawatan dua menteri kerana mereka sedang bercuti. Menurutnya, penggantian anggota Jemaah Menteri baru tidak boleh dilakukan kerana Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa itu secara asasnya sedang bercuti.

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan berikutan kekalahan dalam pemilihan PKR baru-baru ini. “Belum fikir buat rombakan. Mereka masih bercuti,” katanya.