
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penghargaan luar biasa kepada rakyat akan diumumkan pada hari ini atau esok.
Perdana Menteri berkata, beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti pengumuman terbabit susulan pemukiman Kerajaan Perpaduan di Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.
“Keresahan ini memerlukan saya pertimbangkan perubahan dan pengumuman yang perlu dibuat bagi meredakan tuntutan mereka.
“Saya sudah nyatakan dalam sehari dua ini, saya perlu buat pengumuman sama ada dalam bentuk langkah tambahan atau sebagainya, tetapi ia perlukan sedikit masa untuk diteliti dengan sebaiknya,” katanya.