PM Tepati Janji Turunkan Harga Minyak: Nga

Pengumuman beberapa inisiatif bagi meringankan kos sara hidup rakyat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan kerajaan menepati janjinya, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming.

Beliau berkata penurunan harga minyak RON 95 kepada RM1.99 seliter, yang menjadikannya antara terendah di dunia, menunjukkan keprihatinan Anwar d menangani isu kos sara hidup walaupun berdepan kekangan kewangan.

“Saya mewakili 22,000 keluarga KPKT ingin mengucap terima kasih kepada Perdana Menteri atas pengumuman berita baik ini. Ini terbukti bahawa janji ditepati… Apabila Datuk Anwar berkata jika beliau naik (sebagai Perdana Menteri), harga minyak turun, kali ini betul-betul turun.

“Walaupun dengan kekangan kewangan ketika ini, kita mampu menurunkan harga minyak, kekalkan harga tol, beri SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dan memberikan pelbagai insentif,” katanya.