
KUALA LUMPUR: “Berapa kali nak suruh turun…sudahlah”, bidas Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada mereka yang “menyuruh beliau meletakkan jawatan susulan tindakan Malaysia menandatangani perjanjian Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) bersama Amerika Syarikat baru-baru ini.
Desakan seperti itu, kata Perdana Menteri perlu dihentikan kerana tidak timbul soal pengkhianatan, penjajahan atau penyerahan kepada Amerika melalui perjanjian terbabit.
Malaysia bukan satu-satunya negara yang melakukan perjanjian itu, sebaliknya negara gergasi ekonomi baru, China juga melakukan tindakan sama.
“Isu yang hangat di sebelah sana mengenai perjanjian perdagangan (dengan Amerika) ..kerana ini terkait bukan saja dengan Malaysia tetapi Asean.
“Negara China, gergasi ekonomi baru pun masih berunding soal tarif dengan Amerika…kita tidak terkecuali…ini soal bukan menyerah, soal khianat, soal gadai, soal penjajahan baru.
“Ini nak (suruh) turun sekali lagi pula, berapa kali nak suruh turun…sudahlah,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), di Dewan Rakyat, semalam.