PM Sedang Pertimbang Senarai Menteri, Timbalan: PMO

Foto The Star

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedang mempertimbang dan akan memutuskan senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan Madani kelak.

Perkara itu dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui kenyataan hari ini, dengan senarai berkenaan akan diputuskan selepas proses pertimbangan yang cermat dan berhemah.

“Perdana Menteri akan memutuskan senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan Madani kelak, selepas proses pertimbangan yang cermat, berhemah dan benar-benar berlandaskan kepentingan rakyat serta hala tuju reformasi negara,” menurut kenyataan itu.

Anwar sebelum ini memberikan bayangan bahawa beliau tidak akan melakukan rombakan Kabinet secara besar-besaran, sebaliknya hanya akan mengisi kekosongan bagi beberapa jawatan Menteri.