PM Anwar: GST Belum Sesuai, Ekonomi Rakyat Masih Belum Pulih

Foto PMO

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan masih belum bersedia untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ketika ini kerana ekonomi rakyat belum pulih sepenuhnya.

Menurutnya, meskipun GST sebagai sistem percukaian yang lebih teratur dan menyeluruh, pelaksanaannya tidak sesuai pada masa ini kerana ia akan memberi beban kepada seluruh lapisan masyarakat.

“Kalau esok eonomi kita dah meningkat, gaji minimum semua RM4,000 ke atas, ha cukailah GST pun. Sekarang ni belum.

“Saya nak tanya kalau enam peratus semua kena bayar, mengapa orang miskin kena bayar? Mengapa penganggur pergi makan pun kerana bayar?” katanya.