
Jangan terkejut jika pisang yang banyak ditanam di Malaysia diiktiraf oleh dunia sebagai pisang terbaik 2025.
Sesuai dengan namanya, pisang mas dinobat sebagai pisang terbaik berdasarkan kriteria dan anaugerah dari The Tasteatlas, sebuah laman panduan makanan global.
Dalam senarai 10 pisang terbaik dunia, pisang mas dari Malaysia menduduki tangga pertama, mengatasi pelbagai jenis pisang dari negara lain termasuk India dan Britain.
Pisang mas mempunyai profil rasa yang halus dengan aroma yang menyelerakan. Kulitnya yang nipis serta isinya yang kurang padat berbanding pisang bersaiz besar menjadikan teksturnya unik.
Kebiasaannya pisang ini berukuran di antara 10 hingga 15 sentimeter panjang.
Sementara itu, kari ayam Malaysia pula dinobat oleh Tasteatlas sebagai yang terbaik dunia.