
KUANTAN: Pelajar universiti di sini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencemar al-Quran dan membuat hantaran komunikasi jelik melampau.
Tertuduh tiba di Kompleks Mahkamah Kuantan, di sini, kira-kira jam 9 pagi di bawah kawalan keselamatan ketat.
Memakai baju dan seluar berwarna merah, tertuduh yang tempoh remannya berakhir hari ini diiringi beberapa pegawai polis ke Mahkamah Sesyen di tingkat satu.
Kehadirannya turut menarik perhatian orang ramai di kompleks mahkamah berkenaan.
Tindakan tertuduh yang tular di platform media sosial Threads, akan didakwa atas kesalahan menghina Islam dengan memijak al-Quran serta penggunaan tidak wajar kemudahan internet.
Tertuduh yang juga penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan pada 25 Februari lalu.