
PUTATAN: Pakatan Harapan (PH) sedia bekerjasama dengan semua pihak untuk membentuk kerajaan negeri selepas Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah ke-17, demi memastikan pembangunan di Sabah dapat diteruskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berucap pada Karnival Harapan Urang Sabah di Putatan, Anwar berkata, kerjasama di antara kerajaan Persekutuan dan negeri itu perlu ada untuk memajukan Sabah.
Beliau berkata, oleh kerana PH tidak bertanding banyak kerusi, maka PH sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak.