
Petronas akan memberhentikan kira-kira 10 peratus tenaga kerjanya dalam satu pengstrukturan semula, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Tan Sri Muhammad Taufik.
Ketika memberi taklimat kepada media, beliau juga menafikan syarikat minyak nasional itu akan keluar daripada perniagaannya di Kanada.
Sebelum ini, media pernah melaporkan bahawa Petronas akan menyesuaikan tenaga kerjanya bagi memastikan kelangsungan syarikat. Menurut sumber, Petronas mempunyai kira-kira 50,000 pekerja.