
Petronas sudah mengenal pasti kawasan paip gas bawah tanah yang berisiko bagi mengelak kejadian letupan di Putra Heights berulang, kata Pengarah Bahagian Keselamatan Petroleum Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Husdin Che Amat.
Menurut beliau, ia adalah sebagai tindakan susulan untuk tempoh masa pendek.
Beliau berkata, selain itu, Petronas juga disaran mengambil tindakan jangka panjang bagi mengelak insiden itu berlaku lagi.
“Tindakan perlu diambil oleh Petronas dalam bentuk jangka panjang dan pendek . Saya harap syarikat itu mengenal pasti lokasi yang sama seperti di Putra Heights,” katanya.