
KUALA LUMPUR: Buat kali pertama dalam sejarah, Sabah dan Sarawak menerima peruntukan tertinggi, masing-masing RM6.9 bilion dan RM6 bilion, kata Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pemberian khas bagi Sabah serta Sarawak menerusi semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) juga ditingkatkan kepada RM600 juta.
“Ini membuktikan kerajaan Madani 2026 memberi penekanan besar terhadap pembangunan Sabah dan Sarawak, melalui pelaburan strategik dalam tenaga, air, jalan raya, dan digitalisasi,” katanya\
Fadillah berkata, Belanjawan 2026 juga menumpukan usaha bersama dengan kerajaan akan memfokuskan aspek urus tadbir kewangan dan pemberian manfaat kepada semua pihak, termasuk rakyat dan pelbagai sektor ekonomi.
Beliau berkata, ia antara lain turut menyeimbangkan kestabilan ekonomi dengan kesejahteraan rakyat, selain Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penekanan kepada aspek tatakelola.
Katanya, perkara itu bagi memastikan tanggungjawab fiskal, berbelanja dengan baik dan menumpukan kepada keprihatinan rakyat dengan setiap penjimatan akan dipulangkan kepada orang ramai.