Peruntukan RM34.81 juta baiki 137 pondok, tahfiz

Foto FB Azalina Othman Said

Ipoh: Projek pembaikan kecil 137 pondok dan sekolah tahfiz di seluruh negara diperuntukkan RM34.61 juta sebagai usaha mengintegrasikan aspek kerohanian serta akhlak dalam sistem pendidikan negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan itu adalah untuk kerja-kerja pembaikan segera kemudahan asas seperti bumbung, tandas dan bilik darjah.

“Ini untuk memastikan keselesaan pelajar di institusi pondok dan tahfiz yang telah lama menjadi benteng kekuatan ilmu serta akhlak umat.

“Beberapa sekolah pondok, kita lihat keadaan itu sangat daif, jadi kita ada urutan beberapa pondok yang kita senaraikan sekarang, ada 137 pondok termasuk lapan pondok di Perak.

“Ini yang kita bagi keutamaan dulu dan saya sedang merencanakan selepas mengumumkan Belanjawan 2026 kelmarin,” katanya.

Beliau berkata, kalau boleh kita tambah supaya semua kemudahan itu sampai ke sekolah,” katanya ketika berucap pada Kenduri Rakyat Bersama Warga Institut Pendidikan Islam (Tahfiz/Pondok) Negeri Perak di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan di sini.

Menurutnya, keutamaan itu diberikan kerana kerajaan tidak hanya fokus kepada soal kemajuan, tetapi turut memberikan perhatian terhadap pembangunan rohani dan pendidikan anak-anak sejajar aspirasi pembangunan modal insan.