
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Ekonomi, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) serta Kementerian Perpaduan Negara diluluskan semalam..
RUU Perbekalan (Belanjawan) 2026 bagi ketiga-tiga kementerian itu diluluskan selepas mendapat lebih suara bersetuju.
Kementerian Ekonomi menerima peruntukan berjumlah RM2.75 bilion pada tahun depan, dan angka itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memacu agenda pembangunan negara terutama 2026 sebagai tahun pertama pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang juga menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkata berdasarkan buku Belanjawan 2026, peruntukan perbelajan pembangunan Kementerian Ekonomi adalah sebanyak RM2.115 bilion.
“Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM890.56 juta (72.7 peratus) bagi 2026 berbanding peruntukan dipinda pada 2025,” katanya ketika menggulung RUU Perbekalan 2026 bagi Kementerian Ekonomi.