
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan isu pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014 dalam pertemuannya dengan Presiden Russia, Vladimir Putin.
Anwar berkata, perkara itu dibangkitkan semasa rundingan dua hala dengan Putin di Kremlin sebagai mewakili keluarga mangsa yang terjejas akibat nahas itu.
Menurutnya, beliau sudah membangkitkan keputusan Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa mengenai perkara itu secara terus dengan Putin.
“Tentunya saya sebagai mewakili rakyat Malaysia terutama keluarga mangsa mengambil kesempatan untuk membangkitkan perkara itu,” katanya.