Perspektif Xi selari visi madani

foto Astro Awani

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja tertarik dengan perspektif Presiden Xi Jiping terhadap pembangunan ekonomi yang dianggapnya unik malah memuji sikap dan pendirian pemimpin China itu yang menekankan pertukaran budaya, pembelajaran mengenai tamadun dan kemakmuran bersama.

Dalam temubual dengan China Media Group, Anwar berkata sudut pandang Xi itu selari dengan visi Malaysia Madani yang menekankan nilai, kemanusiaan dan perspektif global.

“Xi berkata kita sebagai manusia memang berpaksi kepada kekuatan ekonomi tetapi kita juga hidup dengan sejarah dan tamadun.

“Hanya pemimpin agung dan pemikir saja yang mempunyai pandangan terkedepan dan tidak saja mengutamakan keperluan material zaman ini,” katanya.

Anwar juga menegaskan hubungan Malaysia dan China melangkaui perdagangan dan pelaburan sebaliknya meliputi aspek kemakmuran bersama.

Presiden China itu adalah dalam rangka lawatan lima hari ke Asia Tenggara. Beliau sudah mengunjungi Vietnam dan Malaysia dan kini berada di Kampuchea