
Permit operasi syarikat bas persiaran terbabit dalam nahas negeri di Lebuhraya Timur-Barat, yang mengorbankana 15 nyawa termasuk pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris baru-baru ini dibatalkan serta-merta.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata Langkah tegas itu diambil selepas siasatan awal mendapati pemilik permit memajakkan permit itu kepada pihaka ketiga tanpa kebenaran.
Katanya, selain itu syarikat itu gagal mematuhi syarat keselamatanwajib, termasuk pengaktifan system GPS.
“Saya telah mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat membatalkan serta-merta permit syarikat terbabit sebaik saja tempoh surat tunjuk sebab tamat,” katanya