Perlis Ramai Warga Gemuk: Exco

Foto Hiasan / AI

KANGAR: Perlis mencatatkan kadar obesiti tertinggi di Malaysia dengan 32.8 peratus dan ketiga tertinggi untuk diabetes sebanyak 20.6 peratus.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan dan Alam Sekitar, Wan Badariah Wan Saad, berkata kerajaan negeri sedang memastikan promosi pelancongan dan kesihatan rakyat bergerak seiring.

Jabatan Kesihatan Perlis memastikan makanan di Festival Makanan mematuhi tahap keselamatan dan berkualiti.

Aktiviti advokasi bagi pengendali makanan dan pengunjung Festival Makanan termasuk pilihan makanan sihat dan penggalakan penjualan buah serta sayur
Kempen “Perang Terhadap Gula” akan dilaksanakan di sekolah-sekolah Perlis tahun depan untuk mencegah peningkatan penyakit tidak berjangkit,

Wan Badariah berkata demikian semasa menjawab soalan Megat Hashirat Hassan (PN-Pauh) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di Kompleks Seri Putra di sini Khamis.