
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa dasar dan perjuangan PKR itu akan kekal berpaksikan kepentingan rakyat.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Naib Presiden PKR dan ia menjadi antara perkara utama dinyatakan Perdana Menteri pada Seminar Pemantapan Organisasi dan Jelajah Presiden PKR di Klana Resort, di sini.
“Pertemuan ini padat dengan taklimat dan pencerahan mengenai isu-isu semasa, hala tuju perjuangan serta pengukuhan semangat dan kekuatan parti.
“Presiden juga menegaskan bahawa dasar dan perjuangan PKR kekal berpaksikan rakyat,” katanya.