
Perhimpunan pembangkang ditunjangi Pas pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berlangsung dengan aman Sabtu.
Inilah kali pertama puluhan ribu rakyat turun ke jalanan berhimpun di lokasi yang menjadi tradisi pelbagai siri himpunan dan demontrasi selama ini.
Sejak awal kempen himpunan ini digerakkan kepada umum dengan siri himpunan kecil turut diadakan di negeri-negeri, tiada sebarang sekatan baik daripada kerajaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahupun pihak berkuasa tempatan.
Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyaran dan meminta polis memberi kerjasama penuh kepada penganjur, termasuk memastikan himpunan yang dianjurkan berjalan aman dan tertib, tanpa menggugat ketenteraman awam.